PEMPENGARUH dan usahawan popular, Khairul Aming mengesahkan telah dijangkiti bakteria E.coli sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.
Dalam hantaran di Instagram Story, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan, beliau telah terkena jangkitan virus tersebut semasa melaksanakan misi bantuan banjir di Kelantan, minggu lalu.
Beliau berkata, jangkitan tersebut telah menyebabkan dirinya terpaksa menanggung cirit-birit selama lima hari.
“Baru lepas keluar dari hospital. Rupanya terkena jangkita E.coli masa buat bantuan banjir minggu lepas.

Baca artikel lain: ‘Kita percaya Khairul Aming’, Mydin benar Khairul Aming ambil barang bantu mangsa banjir
“Teruk juga diarrhea (cirit-birit) lima hari tak berhenti sampai lesu badan dehidrasi (dehydrated).
“Alhamdulillah sekarang dah sembuh dan boleh sambung kerja macam biasa,” katanya dalam hantaran tersebut.
Khairul Aming sebelum ini mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas pulang daripada memberi bantuan banjir kepada mangsa di Kelantan.
Khairul Aming yang mengetuai pasukan misi bantuan orang baik (BOB) bertungkus lumus lebih kurang seminggu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di Kelantan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

