MCMC, DPCH meterai MoU laksana bandar raya pintar di Ipoh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) menerusi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan program bandar raya pintar di Ipoh.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama strategik itu bertujuan membantu pelaksanaan bandar raya pintar yang komprehensif.

Menurut MCMC, ia meliputi usaha mempertingkat infrastruktur digital, pemerkasaan pendidikan digital serta penyediaan kemudahan komuniti pintar dan hijau.

Melalui MoU itu, suruhanjaya berkenaan berkata, liputan internet akan ditambah baik di seluruh kawasan Ipoh bagi menyokong perkhidmatan digital Kerajaan Negeri Perak dan penyediaan pelan infrastruktur komunikasi di lokasi pembangunan yang dipersetujui.

“Selain itu, MCMC akan menawarkan khidmat nasihat teknikal kepada DPCH dalam aspek yang berkaitan infrastruktur digital, jaringan, liputan, keselamatan siber dan pencegahan penipuan dalam talian.

Baca artikel lain: MCMC terbit laporan Rundingan Awam Draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik)

“MoU ini turut meneroka kerjasama berkaitan e-dagang serta latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di pusat sebaran maklumat nasional (NADI) kawasan Ipoh yang menyasarkan penglibatan komuniti di kawasan NADI,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, kesema aspek kerjasama dan inisiatif berkenaan bakal melonjakkan Ipoh sebagai sebuah bandar raya pintar yang efisien, inovatif dan lestari sekali gus memacu ekonomi negeri Perak ke tahap lebih baik.

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan MCMC, Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif DPCH, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir.

Hadir sama menyaksikan majlis pemeteraian MoU berkenaan adalah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Mohd Azlan Helmi serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This