DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang berusaha untuk menterjemahkan karya penyair dan pemikir Turkmenistan, Magtymguly Pyragy ke dalam bahasa Melayu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, terjemahan itu akan membolehkan rakyat Malaysia menghargai karya Pyragy yang mencerminkan komitmen terhadap keadilan, keamanan dan keperibadian menentang ketamakan serta penyalahgunaan kuasa.
“Terjemahan beberapa karya agung (penyair itu) ke dalam bahasa Melayu agar ia dapat dikenali dengan meluas di sini, membawa makna kepada kerjasama yang komprehensif antara negara Islam yang komited terhadap pembangunan dan keamanan,” kata Anwar.
Baca artikel lain: Malaysia, Turkmenistan komited perkukuh hubungan dua hala – PM
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow, yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, di Putrajaya, hari ini.
Anwar juga menzahirkan ucapan tahniah kepada negara di Asia Tengah itu sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-300 penyair berkenaan tahun ini.
Pyragy adalah pemimpin spiritual, penyair falsafah dan ahli sufi yang dianggap sebagai bapa kesusasteraan Turkmenistan dan tokoh paling terkenal dalam sejarah sastera negara itu.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

