PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand Dr Thaksin Shinawatra semalam bagi membincangkan beberapa isu kritikal serantau, termasuk merintis usaha damai di Selatan Thailand, dan merungkai krisis di Myanmar.
Anwar berkata pertemuan dengan sahabat baiknya itu turut membabitkan perbincangan panjang lebar mengenai beberapa perkara penting, termasuk peranan Thaksin selaku penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN.
“Kepakaran dan jaringan perhubungan meluas yang dimilikinya di rantau ini, membolehkan beliau (Thaksin) memainkan peranan dan membuka peluang-peluang penting buat Malaysia dan ASEAN bagi berdepan cabaran-cabaran ini dengan penuh yakin dan berkesan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Baca artikel lain: KPKT julang prinsip meraikan kepelbagaian budaya – Nga Kor Ming
Perdana Menteri berkata mereka turut bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-Thailand, selaras dengan visi dan persefahaman seperti mana dikongsikannya bersama Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra, baru-baru ini.
“Kami berkongsi kepercayaan yang sama sejak puluhan tahun lalu, bahawa Malaysia dan Thailand berupaya mencipta pelbagai kejayaan bersama untuk kedua-dua negara dan rantau ini. Insya-Allah, saya dan Thaksin komited untuk merealisasikan hasrat ini,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

