PELAKSANAAN hukuman sebat di khalayak ramai adalah langkah penting dalam merealisasikan hasrat mewujudkan hukum syariah di Terengganu.
Menteri Besarnya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bukan sekadar hukuman semata-mata, tetapi sebagai bentuk pendidikan dan pencegahan kepada masyarakat agar lebih dekat dengan nilai-nilai Islam.
“Pelaksanaan hukuman sebat syariah yang berlangsung di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, berjalan lancar dengan penuh tertib dan mematuhi segala prinsip keadilan Islam.
“Saya mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan ini.
“Kecekapan dan kesungguhan mereka memastikan bahawa proses ini dilaksanakan dengan telus, adil dan penuh hikmah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
Baca artikel lain: Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Semalam, seorang duda yang menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai selesai menjalani hukuman tersebut di Masjid Al-Muktafi Billah Shah.
Mohd Affendi Awang, 42, yang juga seorang tukang rumah menjalani hukuman sebatan selepas mengaku bersalah atas dakwaan melakukan khalwat kali ketiga dengan wanita berbeza.
Prosedur sebatan sebanyak enam kali itu hanya mengambil masa selama dua minit.
Kes syariah yang mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak itu berjaya menarik perhatian lebih 100 orang yang berkumpul di luar untuk melihat bagaimana hukuman dijalankan.
Ahmad Samsuri turut menegaskan Terengganu kekal komited menjunjung amanah ini dengan memastikan segala yang dilakukan selaras dengan syariat Allah dan undang-undang negara.
“Semoga usaha ini menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

