Sesetengah pemimpin berperangai seperti toyol, bidas Fadhli terhadap Nur Jazlan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari membidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung kenyataan ‘Pas jin politik’ baru-baru ini.

Tegas Ahmad Fadhli, Pas tidak pernah mendakwa parti itu sebagai ‘parti malaikat’ mahupun ‘parti jin’ seperti yang diperkatakan Nur Jazlan.

“Jika Pas dilihat sebagai ‘parti malaikat’ kerana sering bercakap tentang perkara baik, maka itu masalah orang yang menilai, bukan masalah Pas. Boleh jadi orang yang membuat penilaian itu ialah orang yang sering berada dalam lubuk yang tidak baik, maka dia melihat orang yang baik seperti malaikat.

“Ia seperti orang yang berada dalam gelap malam, melihat orang berlampu lilin pun sudah terang benderang. Sedangkan bagi orang yang berlampu lilin, itu ialah cahaya yang biasa. Apatah lagi jika melihat orang yang berlampu suluh, sudah tentu sangat dicemburui.

“Boleh jadi Senator Datuk Nur Jazlan sedang berada dalam gelap malam, meraba-raba mencari cahaya, tertengok jauh lampu suluh sudah pun silau matanya,” sindirnya menerusi laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Nur Jazlan dalam kenyataan menasihati ahli UMNO agar tidak terpedaya dengan sokongan tiba-tiba Pas terhadap perhimpunan solidariti sempena perbicaraan kes titah adendum Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Rayuan.

“Pemimpin PAS sering cakap macam mereka ni wakil syurga. Tapi bagi saya, PAS bukan ‘malaikat politik’ tapi lebih kepada ‘jin politik’ sebab mereka pandai manipulasi agama demi kepentingan sendiri. Fatwa politik mereka berubah ikut selera,” kata Nur Jazlan.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Nur Jazlan, Ahmad Fadhli berkata, Pas hanya ingin menegakkan keadilan untuk Najib kerana bekas Perdana Menteri itu layak untuk diberikan haknya jika wujud sungguh titah addendum.

Tegas beliau, Pas akan mempertahankan sesiapapun yang layak untuk mendapat hak dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pas bukan jin, apatah lagi bukan toyol. Toyol walaupun hanya makhluk khurafat, tetapi sesetengah orang percaya, toyol hanya bertindak apabila diarah oleh tuannya. Diarah tuan untuk mencuri, mencurilah ia. Diarah tuan untuk diam, diamlah dia.

“Sesetengah pemimpin perangainya seperti toyol. Ada pemimpin yang berdegar-degar hebat menuntut DAP mohon maaf kononnya kerana melabelkan Barisan Nasional (BN) dengan macam-macam tuduhan, akhirnya disergah oleh DAP membisu seribu bahasa.

“Jadi Nur Jazlan jangan bimbang. Pas memang ‘tiada pitih’, tapi Pas tidak akan merompak harta negara untuk mencari ‘pitih’. Duit Pas ada dalam kocek ahli-ahlinya. Jangan pula menjadi toyol untuk mencuri duit Pas,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lima penumpang cedera, LRT berhenti serta-merta berhampiran Stesen Dang Wangi

LIMA orang penumpang mengalami kecederaan selepas tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berhenti secara serta-merta ketika berada...

More Articles Like This