PENYANYI dikir barat dari Kelantan dan lima individu lain termasuk suaminya yang ditahan pada 1 November tahun lalu kerana disyaki memiliki 6,000 biji pil yaba akan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat, pada 14 Januari ini.
Difahamkan, kesemua mereka dijangka berdepan sekurang-kurangnya dua pertuduhan iaitu memiliki dan mengambil dadah.
Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat berkata, tarikh pertuduhan kesemua enam individu berkenaan ditetapkan hari ini.
Katanya, kesemua mereka juga dipanggil oleh Timbalan Pendakwa Raya dan dibawa ke mahkamah bagi proses perbincangan.
“Mereka belum didakwa hari ini, sebaliknya mereka dipanggil oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk perbincangan dan proses hari ini berlangsung selama empat jam.
“Pihak mahkamah juga memaklumkan kepada kesemua mereka supaya melantik peguam dan kesemua peguam juga perlu hadir pada hari pendakwaan.
“Hasil perbincangan hari ini juga kita menetapkan tarikh pertuduhan iaitu pada 14 Januari ini,” katanya ketika ditemui BH di Narathiwat, hari ini.
Sementara itu, sumber yang dipetik BH memaklumkan, penyanyi dikir barat dan suaminya sehingga kini belum melantik peguam, manakala empat yang lain sudah mempunyai peguam.
Media sebelum ini melaporkan, penyanyi dikir barat dan lima individu lain ditahan bersama 6,000 biji pil yaba di sebuah hotel di pekan Golok pada 1 November tahun lalu.
Susulan tangkapan berkenaan, kesemua mereka perlu ditahan selama tiga bulan atau 84 hari untuk siasatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

