‘Kehadiran kami untuk junjung semangat keluhuran Perlembagaan’ – Ahmad Fadhli

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEHADIRAN ratusan individu ke Istana Kehakiman, Putrajaya bagi menyatakan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan bagi menjunjung semangat keluhuran Perlembagaan.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Najib sepatutnya mendapat haknya yang telah dijamin oleh Perlembagaan melalui Titah Adendum yang didakwa dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Beliau mendakwa, tindakan kerajaan untuk ‘menyekat’ rakyat untuk berhimpun juga sangat pelik apatah lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa kerajaan pada hari ini tertegak atas dasar reformasi.

“Kita datang dengan satu semangat untuk menjunjung kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang telah dimanipulasi oleh kerajaan hari ini.

“Kedatangan hari ini dengan jumlah begitu ramai dilihat signifikan dengan semangat rakyat khususnya untuk menjunjung keadilan dan Perlembagaan Persekutuan.

“Bukankah Anwar dahulu seringkali mengajak rakyat untuk berhimpun apabila ada isu melibatkan beliau. (Mengajak) untuk turun ke jalan raya.

Baca artikel lain: Najib tiba di Istana Kehakiman disambut laungan ‘Hidup Bossku’

“Sangat pelik apabila beliau menjadi kerajaan pada hari ini, beliau sendiri menyekat rakyat untuk berhimpun,” katanya kepada pemberita di luar Istana Kehakiman, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menyifatkan kehadiran ramai ahli-ahli UMNO ke Istana Kehakiman itu juga membuktikan bahawa Najib masih lagi ‘berakar umbi’ bersama parti tersebut.

Justeru, kata beliau, perkara itu menjadi isyarat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ahli UMNO melihat supaya Najib diberikan hak dan keadilan yang sepatutnya.

“Saya agak kesal dengan Presiden UMNO sendiri sebagai orang nombor dua dalam kerajaan.

“Sepatutnya beliau boleh menggunakan pengaruhnya sendiri untuk paling tidak memberikan satu ruang yang selesa untuk rakyat datang hari ini.

“Saya yakin sekiranya diberikan peluang untuk hadir, berkali-kali ganda lagi jumlah yang dapat kita kumpulkan hari ini. Mungkin tidak boleh menyelesaikan isu ini dari sudut undang-undang tetapi hak untuk berhimpun itu dijamin oleh Perlembagaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This