TUJUAN ahli-ahli dan penyokong Pas dalam himpunan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang Dipertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, perjuangan Pas adalah bukan untuk ‘batang tubuh individu tertentu seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Beliau berkata, issu Titah Adendum itu juga sebenarnya menjadi pengajaran besar kepada semua pihak khususnya Lembaga Pengampunan, mahkamah serta para peguam.
“Ia bukan sekadar isu yang ada dihadapan dalam kes individu tertentu seperti Najib tetapi lebih besar lagi, harus ditangani dengan sebaiknya dan berhemah agar ia tidak menjadi satu kes duluan (precedent case) bagi kes seumpamanya pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum pada Januari tahun lalu.
Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi, bersama-sama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, sebentar tadi membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman itu.
Melalui penghakiman majoriti 2-1 yang dibacakan oleh Mohd Firuz, mahkamah tidak boleh mengabaikan fakta dan bukti yang dikemukakan oleh perayu (Najib) dalam kes ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

