PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada atlet tenpin boling negara, Natasha Roslan yang melakar sejarah menjadi atlet wanita pertama negara menjuarai Piala Dunia.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut menyifatkan pencapaian yang dicapai Natasha itu sebagai luar biasa dan sangat membanggakan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Rafiq Ismail yang memperoleh pingat perak bagi acara perseorangan lelaki.
Anwar turut berharap kejayaan Natasha dan Rafiq menjadi sumber inspirasi kepada atlet lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia.
“Hebat! Memang luar biasa! Natasha Roslan melakar sejarah menjadi pemain boling wanita pertama negara menjuarai Piala Dunia. Pencapaian saudari luar biasa dan sangat membanggakan.
“Juga sekalung tahniah kepada Rafiq Ismail yang mendapat pingat perak bagi acara perseorangan lelaki.
Baca artikel lain: Majlis Agama Islam perlu manfaatkan kepakaran, rancang kewangan agensi – PM
“Moga kejayaan kedua-dua individu ini menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia!,” katanya dalam hantaran tersebut.
Natasha mencipta sejarah apabila menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong, semalam.
Pemenang pingat emas Kejohanan Tenpin Boling Dunia 2023 itu sekali gus menamatkan kemarau 53 tahun negara tanpa kejuaraan kategori individu wanita di kejohanan berkenaan sejak dipertandingkan pada 1972.
Menurut laman web https://www.abf-online.org/results/2025 atlet berusia 28 tahun itu menewaskan peserta Jerman Birgit Noreiks 217-166, 226-169 pada aksi final.
Ia juga menjadi koleksi gelaran dunia ketiga buat atlet kelahiran Selangor itu selepas mengungguli Kejohanan Tenpin Boling Dunia 2023 di Salmiya, Kuwait dan menjuarai kejohanan sama dalam acara berpasukan wanita bersama Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Datuk Shalin Zulkifli pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

