Tan Sri Mohd Sheriff ditemukan selepas sejam dilapor hilang

Dari Penulis

BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim ditemukan selamat di kawasan pusat beli-belah di ibu kota selepas dilaporkan hilang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, laporan kehilangan Mohd Sheriff sebelum itu dibuat oleh ahli keluarganya.

“Individu ini sebelum itu dilaporkan hilang pada jam 8.40 malam bagaimanapun beliau kemudiannya ditemui semula pada jam 9.30 malam.

“Beliau ditemui di sekitar kawasan pusat beli belah di sekitar Kuala Lumpur oleh rakannya dan dipercayai terlupa jalan pulang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang dimuat naik oleh seorang individu memaklumkan mengenai kehilangan Mohd Sheriff.

Hantaran berkenaan memaklumkan bahawa Mohd Sheriff dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediamannya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This