PERLUASAN kawasan larangan penjualan minuman keras yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) hanya melibatkan penduduk majoriti Islam sahaja.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meminta MCA Perak supaya memahami ketetapan tersebut dan cuba menghormati umat Islam sebagai penduduk majoriti di negara ini.
“Larangan dikenakan ke atas kawasan yang majoritinya muslim. Kalau kamu nak jual beli arak itu hak kamu, tapi bukan di tempat majoritinya muslim!
“Dan rasanya tiada pun ditulis menghalang orang bukan Islam nak minum dan beli, tetapi jangan jual beli di tempat majoritinya muslim,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
MCA Perak semalam mengecam pemimpin kerajaan negeri Perak khususnya daripada DAP, susulan perluasan sekatan oleh Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI).
Baca artikel lain: MCMC peruntuk lebih RM600 juta tambah baik WiFi universiti awam – Fahmi
Ketua penerangannya Chung Kok Heung mempersoalkan penjelasan pemimpin DAP dan PKR bahawa ia masih dalam pertimbangan, sedangkan perkara itu katanya, disahkan oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Beberapa hari lalu, Rumaizi berkata, MBI meluluskan dasar untuk membuat kajian terhadap tuntutan penduduk dari kawasan majoriti Muslim sebelum larangan penjualan minuman keras dikuatkuasakan.
Menurutnya, sekitar tahun 2020 dan 2021, larangan itu dilaksanakan di kawasan gugusan Manjoi susulan bantahan besar-besaran penduduk setempat.
Beliau mendedahkan terdapat tuntutan sama di Ulu Chepor yang penduduknya 100 peratus penduduk Melayu-Islam dan mereka secara prinsipnya bersetuju.
Bagaimanapun, katanya, tuntutan masyarakat daripada Tambun, Rapat Setia dan Sungai Rokam masih dikaji.
Dalam kenyataan berbahasa Mandarin semalam, Kok Heung meminta orang ramai ‘waspada’ dengan perkembangan itu dan mendesak supaya hak orang bukan Islam dilindungi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

