PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 pada 2 Disember hingga 6 Februari lalu berjalan lancar dengan 402,956 calon mendaftar mendudukinya di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, meskipun SPM 2024 diadakan dalam musim Monsun Timur Laut yang menyebabkan bencana banjir namun ia berjaya dilaksanakan dengan baik.
“Keberhasilan ini adalah hasil daripada kesiapsiagaan awal, pengurusan yang cekap dan kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia.
“Selain Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, jabatan pendidikan negeri, pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Kepengerusian ASEAN platform Malaysia teraju pembangunan keselamatan siber di rantau ini
Pada masa sama, KPM merakamkan penghargaan kepada 126,636 petugas peperiksaan, termasuk 5,780 sukarelawan terdiri daripada pesara guru yang dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM 2024.
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024 atas kejayaan menduduki peperiksaan termasuk dalam situasi mencabar.
“KPM mendoakan yang terbaik untuk semua calon peperiksaan SPM 2024. Semoga kejayaan menjadi milik anda untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

