Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan – Fahmi

Dari Penulis

KERAJAAN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini kerana keingkaran mematuhi garis panduan dan syarat-syarat lesen ditetapkan boleh mendatangkan kesan kepada pihak yang terlibat.

“Saya memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan OCBC Premier Private Client Centre di Bangsar hari ini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata demikian sebagai mengulas isu penonton lelaki dilihat berpakaian seumpama wanita sewaktu menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-39 yang disiarkan secara langsung Ahad lepas.

Baca artikel lain: Polis siasat ukiran wajah Mao Zedong, puisi ideologi komunisme di Semenyih

Fahmi berkata beliau kecewa dengan perkara tersebut kerana pihak stesen televisyen berkenaan sudah sedia maklum mengenai semua garis panduan yang terpakai.

“Seharusnya pihak Media Prima lebih bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan mereka yang menguruskan AJL (Anugerah Juara Lagu). Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka tahu, dan mereka membenarkannya, ini tidak baik,” katanya.

Semalam Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan pihaknya akan segera mengambil tindakan berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata JAKIM akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This