PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bagi membincangkan pelbagai isu penting khususnya berkait dengan negara anggota ASEAN.
Beliau memberitahu perbincangan turut disertai bekas Perdana Menteri Thailand merangkap Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi Kepada Pengerusi ASEAN 2025, Thaksin Shinawatra.
“Tiba di Bandar Seri Begawan dan terus ke Istana Nurul Iman bagi menghadap Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Di-Pertuan negara Brunei Darussalam.
“Perbincangan kami tentunya terarah kepada Kepengerusian ASEAN 2025 dan peri pentingnya mendapat nasihat dan panduan Paduka Seri Baginda Sultan, selaku pemimpin paling senior yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas.
“Antara disentuh adalah terkait situasi di Myanmar, yang mana walaupun negara itu terikat dengan Konsensus Lima Perkara, namun segala ikhtiar harus digerakkan untuk meneruskan proses penglibatan dengan semua pihak berkepentingan.
“Kami juga menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan masalah yang berpunca daripada ekonomi atau pasaran gelap, didominasi oleh penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia serta penipuan dalam talian atau scam yang berleluasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Polis siasat ukiran wajah Mao Zedong, puisi ideologi komunisme di Semenyih
Perdana Menteri berkata, selain itu, mereka turut membincangkan solusi terbaik untuk mencapai trajektori positif dalam usaha menyelesaikan krisis di Myanmar serta memastikan semua Menteri Luar negara ASEAN sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan ini.
Selain itu, katanya terdapat pandangan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang dicadangkan selaras dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN Januari lalu perlu segera dilaksanakan.
“Berkenaan dengan pertikaian di Laut China Selatan, kami bersetuju bahawa perlu ada kemajuan diplomatik yang lebih meluas secara multilateral, dengan aspirasi agar rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) dapat diselesaikan sesegera mungkin.
“Fokus utama juga diberikan kepada cara terbaik untuk memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dan mempertingkatkan kerjasama ekonomi, termasuk keperluan untuk rangka kerja peraturan yang lebih mesra perniagaan dan berkesan.
“Pendekatan strategik dalam hal ini adalah untuk menggalakkan aliran modal yang lebih rancak serta merangsang pertumbuhan serantau yang lebih kukuh demi kemakmuran bersama,” katanya lagi.
Mengenai mata wang kripto, Anwar berkata, pentingnya membangunkan infrastruktur Blockchain yang betul serta memastikan kebolehcapaian digital sebagai prasyarat utama bagi pembangunan sihat dan progresif di rantau ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

