Peniaga jagung bakar letak notis perkauman didenda RM400, isteri dipenjara

Dari Penulis

PENJUAL jagung bakar yang meletakkan notis berbaur perkauman di gerai jualannya di Kota Warisan, Sepang didenda RM400 oleh mahkamah, hari ini.

Bagaimanapun, isterinya seorang warga Indonesia dipenjara tiga bulan selepas didapati bersalah tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Berita Harian melaporkan, pasangan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang dan masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Lelaki berusia 64 tahun itu, sebelum ini ditahan bersama isterinya yang berusia 52 tahun di Jalan Labuhan Dagang – Nilai, Sepang, pada 17 Februari lalu

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G K Shan Gopal berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan pada 16 Februari lalu berkaitan video tular di media sosial kejadian seorang peniaga jagung meletakkan notis berbaur perkauman.

Baca artikel lain: MCMC perkasa sumber rujukan Chatbot AIFA, pastikan jawapan tepat

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor dan arahan diberikan untuk menuduh penjual jagung ini mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan bersama pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan

“Isteri peniaga ini dituduh mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, Mahkamah Majistret Sepang menjatuhkan hukuman denda RM400 ke atas peniaga manakala isteri dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan.

“Polis Daerah Sepang menasihati orang ramai agar menjaga hubungan antara kaum dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This