BILANGAN mangsa banjir yang dipindahkan di Pahang terus meningkat kepada 236 orang daripada 74 keluarga setakat 1 tengah hari ini berbanding 209 orang malam tadi.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
Pengarah Pertahanan Awam Pahang Kol (PA), Che Adam A Rahman ketika dihubungi berkata banjir di Kampung Batu Kapor berpunca daripada limpahan air Sungai Semantan sehingga mengakibatkan 73 rumah ditenggelami air.
Baca artikel lain: Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tak berubah pagi ini
“Keadaan cuaca hari ini bertambah baik manakala paras bacaan Sungai Semantan sudah kembali normal.
“Sekiranya keadaan ini berterusan, ada kemungkinan mangsa boleh dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

