Suspek cabul kanak-kanak ada kad OKU masalah pembelajaran sejak kecil

Dari Penulis

SUSPEK yang ditahan selepas dipercayai mencabul kanak-kanak perempuan dalam sebuah masjid dekat Batang Kali, Hulu Selangor disahkan memiliki kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Azmir, hasil semakan dan pemeriksaan mendapati lelaki berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU tersebut sejak kecil.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati dia (suspek) mempunyai kad OKU ‘Learning Disability’ (masalah pembelajaran) sejak kecil lagi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pihak polis masih menunggu pengesahan JKM mengenai status lelaki tersebut yang didakwa sebagai OKU.

Baca artikel lain: Suspek cabul kanak-kanak dalam masjid direman tujuh hari

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, kad OKU berkenaan ada ditemui bersama lelaki tersebut.

Sebelum ini, suspek itu telah direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Kejadian yang tular dalam media sosial memaparkan rakaman kamera litar tertutup seorang lelaki dilihat memasuki ruang solat wanita di masjid berkenaan ketika solat subuh sebelum bertindak membawa keluar mangsa.

Pemuda itu dilihat mencabul kanak-kanak terbabit sebelum beredar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This