Suspek cabul kanak-kanak dalam masjid direman tujuh hari

Dari Penulis

SUSPEK yang ditahan selepas dipercayai mencabul kanak-kanak perempuan dalam sebuah masjid dekat Batang Kali, Hulu Selangor direman selama tujuh hari.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, reman terhadap lelaki berusia 19 tahun itu telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Menurut beliau, reman terhadap suspek selama tujuh hari mulai hari ini.

“Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita juga sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pengesahan berhubung status orang kurang upaya (OKU) suspek,” katanya.

Baca artikel lain: Polis siasat dakwaan suspek cabul dalam masjid miliki kad OKU

Semalam, Polis Daerah Hulu Selangor memberitahu telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.19 pagi.

Kejadian yang tular dalam media sosial memaparkan rakaman kamera litar tertutup seorang lelaki dilihat memasuki ruang solat wanita di masjid berkenaan ketika solat subuh sebelum bertindak membawa keluar mangsa.

Pemuda itu dilihat mencabul kanak-kanak terbabit sebelum beredar.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This