Operasi padam kebakaran kilang karpet di Nilai masuk hari kedua, diteruskan tanpa henti

Dari Penulis

OPERASI bagi memadam kebakaran di sebuah kilang karpet di Nilai 3 masih diteruskan buat hari kedua, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro Online, Komander Operasi, Bakarya Mohd Salleh memaklumkan, operasi itu telah berlarutan lebih 24 jam tanpa henti.

Namun begitu, katanya, operasi memadamkan kebakaran kilang karpet itu dijangka berterusan hingga petang ini.

Bakarya memberitahu, khidmat jengkaut turut digunakan bagi kerja-kerja pemadaman yang kini sudah mencapai 95 peratus.

“Ia bertujuan mengangkut permaidani yang sudah terbakar atau belum terbakar keluar dari lokasi bagi memudahkan proses pemadaman api kerana air tidak sampai.

“Pasukan bertugas 24 jam bagi memastikan ia dipadam sepenuhnya. Ia mengambil masa kerana bahan atau karpet yang terbakar dalam keadaan bergulung atau bertindih.

“Banyak lapisan (karpet) dan tidak kena air,” katanya.

Baca artikel lain: Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar

Mengulas lanjut, Bakarya berkata, pihaknya turut menerima bantuan dari Selangor membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Cyberjaya dan KLIA.

“Mereka tiba kira-kira 2 petang yang bantu mempercepatkan proses pemadaman api.

Bagaimanapun, kira-kira 8 malam, pasukan dari Selangor dibenarkan pulang ke BBP masing-masing,” katanya.

Semalam, media melaporkan sebuah kilang karpet di Nilai 3 musnah seratus peratus dalam kebakaran.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 7.49 pagi.

“Jentera dan anggota yang tiba di lokasi 10 minit kemudian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat karpet.

“Kilang itu mengalami kemusnahan struktur sehingga 100 peratus, dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat, “kata kenyataan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MOTAC cadang bonggol jalan, perangkap laju di laluan Genting elak tragedi berulang

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan pemasangan bonggol jalan serta sistem perangkap laju di laluan Genting Highlands sebagai...

More Articles Like This