KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah – Ahmad Zahid

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi fokus untuk membangunkan infrastruktur jalan, air dan elektrik di kawasan luar bandar serta pedalaman Sabah bagi memastikan kehidupan lebih selesa kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada masa ini Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Beliau berkata apabila Lebuh Raya Pan Borneo Sabah siap sepenuhnya kelak, lebih banyak jalan perhubungan ke luar bandar dan pedalaman serta pekan kecil perlu dibangunkan bagi menghubungkan penduduk seterusnya menjadi pemangkin kepada kemajuan negeri.

“Kita sedar bahawa masih terdapat banyak kawasan memerlukan pembinaan dan naik taraf jalan raya untuk kemudahan penduduk setempat. Kerjasama dengan kerajaan negeri akan dipergiatkan untuk memastikan infrastruktur jalan di kawasan desa terus diberi keutamaan.

“Soal infrastruktur kemudahan awam kepada masyarakat dan rakyat khususnya B40 akan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI terutama melalui KKDW untuk Sabah,” katanya ketika menutup Program Sentuhan Kasih Desa@Tawau 2025 KKDW di Kompleks Sukan Tawau hari ini.

–BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This