PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Khairul Hanafi yang dirempuh kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 segera diberikan kesembuhan.
Pada masa sama, Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook turut menghulurkan bantuan kepada pihak keluarga bagi meringan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.
“Semalam, saya telah meminta saudara Kamil Munim untuk menziarahi adik Khairul Hanafi dan keluarga beliau di Hospital Putrajaya.
“Adik Khairul Hanafi cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Presint 11(1), Putrajaya minggu lalu dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.
“Saudara Kamil telah menyerahkan sumbangan bagi pihak saya kepada keluarga mangsa. Mendoakan adik Khairul Hanafi segera diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan, Insya-Allah,” katanya, hari ini.
Baca artikel lain: RUU PSB dorong pembangunan bandar lebih terancang – Planmalaysia
Kelmarin, orang ramai terpaksa terbalikkan sebuah kereta jenis Perodua Alza bagi mengeluarkan pelajar itu yang terperangkap bawah kenderaan dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 4.45 petang.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, insiden berlaku apabila mangsa mahu melintas jalan untuk pulang ke sekolah sebelum dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala selain patah kaki kiri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

