TERENGGANU tidak menggunakan khidmat imam luar negara di masjid dan surau bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadan ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya menggalakkan pelantikan pelajar tahfiz al-Quran sebagai imam tarawih sekali gus memberi pendedahan kepada golongan tersebut mengetuai solat tarawih pada usia muda.
“Kami sangat menggalakkan pelajar-pelajar yang sedang menghafal Al-Quran untuk menjadi imam di surau dan masjid. Jadi pemberian elaun kepada pelajar tahfiz menjadi imam di masjid dan surau adalah amat bagus.
“Pada masa sama kita melatih pelajar tahfiz ini dari usia muda (menjadi imam solat tarawih) dan turut memberi penghormatan pada mereka dalam masyarakat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan agihan bantuan zakat asnaf fakir miskin sempena Ramadan di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu pada Ahad.
Mengulas lanjut, Shaikh Harun berkata, tiada khidmat imam luar negara digunakan di masjid dan surau di negara ini sempena solat tarawih kecuali mereka yang sudah sedia menetap di negeri ini sebagai guru mengajar di sekolah agama.
“Tahun ini dimaklumkan tiada imam tarawih dari luar negara sebagai contoh Mesir atau Arab Saudi. Sebab kita nak galakkan penggunaan pelajar tahfiz tempatan ke lain-lain tempat.
“Jadi nak dapatkan kebenaran (jadi imam tarawih) biarlah melalui pesuruhjaya hal ehwal agama,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

