UMNO Perak kemuka notis kekosongan DUN Ayer Kuning

Dari Penulis

UMNO Perak sudah mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, Sabtu lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata notis pemakluman itu dihantar oleh Setiausaha UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah kepada Speaker DUN, hari ini.

“Saya juga dimaklumkan Speaker akan menghantar notis kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemungkinan esok,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Baca artikel lain: BN bersiap awal hadapi PRK DUN Ayer Kuning – Saarani

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu.

Sehubungan dengan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning perlu diadakan memandangkan penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.

Ishsam yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi melalui pertembungan lima penjuru.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This