18,192 iklan bersifat jelik diturunkan sejak 2022 – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 18,192 kandungan bersifat jelik termasuk iklan di platform media sosial telah diturunkan sejak tahun 2022 hingga 15 Januari lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, iklan bersifat jelik itu telah diturunkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan internet.

Menurut beliau, 40 laman sesawang juga telah disekat hasil maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam.

Dalam tempoh sama, Fahmi berkata, sejumlah 5,026 laman sesawang judi dalam talian telah disekat manakala 216,085 kandungan bagi perjudian dalam talian di platform media sosial telah diturunkan.

“Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited melaksanakan pemantauan proaktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik yang melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“MCMC turut memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti pembekalan maklumat dan analisis forensik digital bagi mempercepatkan proses siasatan kesalahan perjudian dalam talian di bawah peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289),” katanya.

Baca artikel lain: 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas – Fahmi

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Fahmi menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang bertanyakan sama ada terdapat sebarang bentuk kawalan atau pemantauan ke atas iklan-iklan yang ditayangkan di platform seperti Facebook, TikTok, Instagram dan YouTube yang bersifat jelik malah mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

Sementara itu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi melalui MCMC juga telah melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian pada 21 Januari lalu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Katanya, kempen tersebut bertujuan meningkatkan tahap kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa penipuan dan jenayah dalam talian.

“Jelajah kempen ini akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program yang menyasarkan seluruh lapisan masyarakat dengan memanfaatkan kesemua platform media seperti media sosial, media penyiaran dan media luaran.

“Isu-isu yang menjadi fokus utama kempen ini termasuk isu penipuan, had umur pengguna media sosial, buli siber dan perjudian dalam talian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This