Akaun media digantung: TikTok dipanggil adakan pertemuan dengan ketua pengarang

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memanggil TikTok untuk mengadakan pertemuan dan memberi penjelasan kepada ketua pengarang syarikat media, Isnin ini.

Ia susulan tindakan aplikasi media sosial itu menggantung 23 akaun milik syarikat media tempatan secara kekal selepas didakwa melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan TikTok menggantung akaun milik media secara kekal itu agak berat.

“Ini (penggantungan akuan secara kekal) satu tindakan yang bagi saya pandangan saya mungkin pada mulanya mungkin bersifat salah faham mengenai garis panduan, tetapi untuk dikenakan sekatan penggantungan kekal itu saya rasa agak berat.

“Saya difahamkan pada mulanya, akaun-akaun ini sudah dikembalikan, tetapi selepas pada itu hampir kesemua diturunkan sekali lagi. Jadi ini mungkin akibat masalah membabitkan kecerdasan buatan (AI) TikTok.

“Saya sudah minta pihak MCMC memanggil pihak TikTok untuk adakan satu pertemuan dengan ketua editor syarikat media. Saya difahamkan ia akan berlangsung insya-Allah Isnin ini,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.

Baca artikel lain: MCMC dapatkan penjelasan TikTok isu 18 akaun organisasi media disekat – Fahmi

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan, TikTok perlu menyelaraskan sistem AI yang dimilikinya dengan undang-undang dalam negara ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memaklumkan sudah mengarahkan MCMC meneliti berpandukan undang-undang baharu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Pindaan 2025) yang dikuatkuasakan sejak 11 Februari 2025.

“Dia (TikTok) nak kita ikut garis panduan dia, tetapi sepatutnya dia ikut undang-undang kita. Dalam beberapa perkara dia biar masalah scam (penipuan) dan judi dalam talian dibiarkan.

“Jadi, sebab TikTok sudah dilesenkan, maka kita boleh ambil beberapa tindakan.

“Cuma ada prosesnya kita akan jemput mereka, kita akan dengar pandangan mereka, kita akan keluarkan beberapa arahan dan kita akan ambil tindakan susulan,” katanya.

Media sebelum ini, melaporkan 23 akaun TikTok milik media tempatan disekat susulan laporan media berkaitan kes serangan seksual membabitkan pelajar perempuan di Batang Kali yang disiarkan di platform berkenaan.

Antara akaun TikTok yang disekat termasuk akaun UtusanTV.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This