Malaysia, Iran senada perjuang isu Palestin, Lubnan dan Syria – Mohamad

Dari Penulis

MALAYSIA dan Iran senada dalam memperjuangkan isu kemanusiaan melibatkan keganasan Israel terhadap Palestin, Lubnan dan Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian di pejabatnya di sini yang berlangsung kira-kira 30 minit pada Rabu.

“Dalam kunjungan hormat itu, kita nyatakan bukan sahaja hubungan pelbagai hala malah kita bersama dalam usaha menentang keras sebarang bentuk keganasan, baik di Palestin, Lubnan mahupun Syria, terutama cadangan Israel dan pihak lain untuk memindahkan rakyat Palestin keluar dari Gaza.

“Kita tunggu apa akan diputuskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada Selasa ini, untuk kita bawa dalam mesyuarat peringkat Menteri Luar OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) 7 Mac nanti,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan bersama warga Kedutaan Malaysia di Iran sebelum mengakhiri lawatan rasmi sulungnya ke negara itu hari ini.

Baca artikel lain: Sekretariat ASEAN perlu diberi lebih kuasa kenal pasti negara guna halangan bukan tarif — Nazir Razak

Anadolu Ajansı (AA) sebelum ini melaporkan Mesir mengesahkan akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

“Untuk Palestin, kita dengar khabar bahawa Mesir dan Arab Saudi ada cadangan tentang bagaimana untuk uruskan keadaan di Gaza selepas gencatan senjata dilaksanakan.

“Jadi kita harap gencatan senjata ini akan berkekalan seterusnya boleh kita fokus bincang berkenaan pembangunan semula Gaza,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This