SPRM tahan seorang wartawan bantu siasatan kes rasuah

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wartawan sebuah portal berita tempatan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor kira-kira 11 malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama berkata penahanan wartawan lelaki itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, dan bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya.

“Wartawan itu dipercayai meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan pendatang asing,” katanya.

Baca artikel lain: Penahanan 4 pegawai Ismail Sabri: SPRM akan panggil beberapa individu termasuk kenamaan

Wartawan berkenaan kini direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan seorang wartawannya ditahan SPRM.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This