PMO perkenal Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, pastikan rakyat terima maklumat tepat, sahih

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bermula hari ini bagi memastikan rakyat menerima maklumat tepat dan sahih secara terus daripada sumber rasmi.

Taklimat yang disampaikan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah itu akan disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia pada pukul 11 pagi dan 5 petang.

Dalam siaran langsung pertama Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada pukul 11 pagi hari ini, Tunku Nashrul memaklumkan PMO akan menjelaskan tentang isu-isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.

Katanya, inisiatif itu juga merupakan langkah penting untuk menangkis penyebaran fitnah serta maklumat palsu yang mengelirukan masyarakat.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Tunku Nashrul berkata, PMO percaya bahawa komunikasi yang jelas, keterbukaan dalam pentadbiran dan pengukuhan nilai-nilai spiritual adalah elemen penting untuk mewujudkan kepercayaan antara rakyat dan kerajaan.

Baca artikel lain: PM ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan

“Dalam era pasca normal yang menyaksikan maklumat tersebar luas dengan pantas, keperluan untuk mendapatkan fakta yang tepat dan sahih adalah amat penting.

“Menyedari hakikat ini, Perdana Menteri telah bersetuju untuk memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang akan disiarkan secara langsung.

“Inisiatif ini juga selaras dengan gagasan MADANI yang menjunjung tinggi ketelusan antara pentadbiran dan rakyat, di samping membudayakan amalan menyemak kebenaran sesuatu maklumat melalui sumber yang sahih dan tepat,” katanya dalam taklimat harian tersebut.

Mengulas lanjut, Tunku Nashrul berkata, PMO turut mengajak semua pihak untuk bersama-sama menyokong dan menyertai inisiatif-inisiatif demi kebaikan dan kemajuan negara.

“Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai bulan islah yakni pembaharuan dalam komunikasi, pentadbiran dan kehidupan.

“Sebelum mengakhiri taklimat hari ini, saya mewakili Perdana Menteri dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This