Penahanan 4 pegawai Ismail Sabri: SPRM akan panggil beberapa individu termasuk kenamaan

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan bagi membantu siasatan susulan penahanan empat pegawai kanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, beberapa individu itu akan dipanggil sebagai saksi dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, Azam enggan mendedahkan siapa kenamaan yang akan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.

“Siasatan kes berkenaan masih dijalankan pegawai penyiasat biarpun beberapa penahanan sudah dilakukan SPRM setakat ini.

“Saksi-saksi ini akan dipanggil tidak lama lagi,” katanya.

Ditanya mengenai sejumlah rampasan wang tunai yang dilakukan oleh pegawai SPRM seperti yang didakwa di media sosial sejak beberapa hari lalu, Azam turut enggan mengulas mengenai perkara itu.

Terdahulu, New Straits Times (NST) melaporkan wang tunai lebih RM100 juta telah disita di kediaman bekas pegawai kanan Ismail Sabri.

Baca artikel lain: SPRM sita wang tunai lebih RM100 juta di kediaman bekas pegawai kanan Ismail Sabri

Wang tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan dana politik dan ditemui dalam beberapa beg dan peti besi dalam bilik di kediaman itu.

Penyiasat SPRM turut merampas dokumen, barang kemas dan peranti elektronik ketika melakukan serbuan terhadap kediaman itu.

Serbuan terbabit dijalankan SPRM susulan siasatan berterusan dan pemantauan selama beberaa bulan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan bekas pegawai kanan berkenaan.

Semalam, Azam mengesahkan penahanan empat individu yang berkhidmat sebagai pegawai kanan Ismail Sabri ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, keempat-empat mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan rasuah dan pengubahan wang haram.

Walaupun tidak menyatakan jumlah sebenar wang yang terlibat, Azam berkata, ia adalah “jumlah yang besar”.

Ismail Sabri dimasukkan ke sebuah hospital di Kota Damansara selepas rebah di rumah pada pagi Sabtu.

Setiausaha Akhbarnya, Azran Fitri Rahim, berkata kejadian itu berlaku disebabkan tekanan darah tinggi dan beliau kini dalam keadaan stabil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This