JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri Anwar

Dari Penulis

JABATAN Perdana Menteri (JPM) menjadi lokasi pertama penganjuran Program Ihya’ Ramadan yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 1 tengah hari diiringi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau meluangkan masa kira-kira satu jam mengikuti tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Dr Luqman Abdullah bertajuk Puasa dan Hikmah MADANI: Keseimbangan Material dan Spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

Usai tazkirah, Anwar menyertai warga JPM menunaikan solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Luqman.

Terdahulu dalam tazkirah, Luqman menekankan mengenai kepentingan aspek pengurusan masa bagi mengimbangi antara urusan dunia dan akhirat.

“Ini kerana kehidupan manusia berkisar sepenuhnya tentang masa. Ramadan juga sangat berkaitan dengan masa kerana dalam bulan ini, Allah SWT memberikan peluang luar biasa kepada umat Islam untuk menggandakan ibadah,” katanya.

Baca artikel lain: Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi – Anwar

Justeru, Luqman menyeru umat Islam memanfaatkan peluang untuk melipat ganda amalan dan ibadat sepanjang Ramadan untuk memperoleh pahala berganda yang dijanjikan Allah SWT.

“Sesiapa yang berqiamullail di bulan Ramadan dengan keikhlasan, menuntut pahala di sisi Allah akan mendapat keampunan. Kalau tunaikan terawih dan isyak berjemaah pun sudah cukup untuk hidupkan malam lailatul qadar,” katanya.

Sabtu lepas, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah dilaporkan berkata Anwar akan melaksanakan Program Ihya’ Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini, bertujuan menjadikan Ramadan sebagai madrasah rohani, bukan sahaja dalam aspek ibadah, tetapi juga pembentukan nilai dan akhlak dalam pentadbiran negara.

Anwar akan mengunjungi pelbagai kementerian untuk menyantuni penjawat awam, diikuti dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh beliau sendiri serta penceramah jemputan.

Perdana Menteri juga bersetuju untuk turun ke beberapa negeri sepanjang bulan Ramadan ini bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri, selain bertemu masyarakat dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI.

Butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi spesifik bagi setiap majlis akan diumumkan dalam masa terdekat melalui saluran rasmi kerajaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This