KTMB sedia 12,600 tiket tambahan ETS Aidilfitri dijual mulai esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 12,600 tiket tambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi perjalanan pada 28 Mac hingga 6 April depan sempena musim perayaan Aidilfitri untuk memenuhi permintaan tinggi.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak empat ETS tambahan akan disediakan untuk tujuan itu.

Menurut KTMB, ia susulan tiket ETS sempena perayaan Aidilfitri itu telah habis dijual.

Syarikat itu memberitahu, perkhidmatan tambahan itu membabitkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral dan dua perjalanan lagi untuk laluan KL Sentral – Butterworth – KL Sentral.

“Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual esok bermula jam 10 pagi.

“Sepanjang tempoh operasi, ia akan menawarkan 1,260 tempat duduk sehari, termasuk pilihan kelas perniagaan.

“Secara keseluruhan, sebanyak 12,600 tempat duduk disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Baca artikel lain: KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan

Dalam pada itu, KTMB turut menggalakkan penumpang untuk merancang perjalanan dan membeli tiket dengan lebih awal.

Katanya, ia supaya penumpang dapat menikmati tambang fleksibel yang lebih menjimatkan dan mengelak kehabisan tiket pada saat akhir.

“Pengguna juga dinasihatkan tiba lebih awal di stesen bagi melancarkan proses pemeriksaan keselamatan dan dokumentasi di pintu masuk.

“Tiket boleh didapati secara tanpa tunai menerusi aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau melayari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini.

Jadual perjalanan tren tambahan bagi sektor Padang Besar ke KL Sentral adalah tren EP9283 (11.05 pagi hingga 4.30 petang) dan tren EP9286 (5 petang hingga 10.20 malam).

Bagi sektor Butterworth ke KL Sentral pula, tren EP9185 akan bergerak dari Butterworth pada jam 11.20 pagi hingga 3.25 petang, manakala tren EP9186 akan bertolak dari KL Sentral pada 4.45 petang hingga 8.50 malam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This