PIHAK berkuasa tempatan (PBT) disaran memaparkan nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya berlaku sebarang insiden.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan awal membuat panggilan kecemasan itu penting dalam menyelamatkan nyawa.
“Walaupun unit kecemasan tetap belum boleh diwujudkan di 1,292 tapak bazar di seluruh negara, paparan nombor kecemasan itu amat penting dalam menangani sebarang isu kecemasan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya, hari ini.
Baca artikel lain: Bazar Aidilfitri: Pasar malam Lorong TAR dipindahkan ke Jalan TAR setiap hari Sabtu – DBKL
Dzulkefly berkata demikian sebagai mengulas kejadian seorang lelaki warga emas rebah dan meninggal dunia pada hari pertama Ramadan di bazar Taman Seri Harapan, Baling, Kedah semalam.
Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Selain itu, Dzulkefly menasihati masyarakat yang mengunjungi bazar Ramadan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga susulan cuaca panas khususnya bagi warga emas dan kanak-kanak.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

