Gaduh: Ammar Nazhan mengaku tak bersalah, 4 lagi didenda RM500

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PENCIPTA kandungan kontroversi, Ammar Nazhan antara enam individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan gaduh gempar selepas satu perlawanan tinju di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, minggu lalu.

Bagaimanapun, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Mohd Nazhan Noralyadi, 29 dan seorang lagi pencipta kandungan, Muhammad Hafizul Haiman, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan dihadapan Majistret Aina Azahra Arifin

Sementara itu, empat lagi individu, Abdul Rahim Abd Hakim, 23, Muhammad Ady Putra Amirul Abdul Rahman, 18, Muhammad Al Mubarak Bahauddin Selamet, 28, dan Jebat Zulfar Nurfakhrullah Abd Ghapar 24, didenda RM500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Majistret Aina Azahra turut memerintahkan keempat-empat mereka dipenjarakan selama satu bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Antara tertuduh yang menghadapi pertuduhan melakukan gaduh gempar dekat sebuah restoran di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa gaduh gempar di tempat awam dekat sebuah restoran di pusat beli-belah, di Bukit Bintang, dalam daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, sekitar jam 10.15 malam pada 25 Februari lalu.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 ke atas Ammar Nazhan dan Muhammad Hafizul.

Bagaimanapun peguam K. Ramalingam memohon agar mahkamah membenarkan jaminan yang minimum ke atas kedua-dua anak guamnya itu atas alasan menanggung keluarga.

Salah seorang daripada enam tertuduh yang didakwa melakukan gaduh gempar dekat sebuah restoran di dalam pusat membeli belah di Bukit Bintang pada Februari lepas.

“Kedua-dua tertuduh bekerja sebagai pencipta kandungan dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 selain belum berkahwin dan menjaga ibu bapa yang sudah tua,” ujarnya.

Sebelum hukuman tersebut dikenakan, Abdul Rahim, Muhammad Ady Putra, Muhammad Al Mubarak dan Jebat Zulfar yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman mereka dikurangkan masing-masing atas alasan sudah menyesal dan insaf, menanggung isteri, anak-anak, dan keluarga serta perlu membayar komitmen bulanan.

Pada 1 Mac lalu, media melaporkan pihak polis menahan 11 lelaki termasuk pempengaruh media sosial selepas terbabit dalam rusuhan di restoran dekat Bukit Bintang selepas perlawanan tinju.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This