48,000 pengunjung bazar Ramadan di Johor berpeluang peroleh e-dompet RM20

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 48,000 pengunjung bazar Ramadan di Johor berpeluang memperoleh insentif e-dompet Touch ‘n G bernilai RM20 bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, inisiatif itu diberikan kepada pengunjung di lapan lokasi bazar Ramadan terpilih di Johor Bahru, Muat, Kluang, Segamat, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Pontian.

Menurut beliau, insentif e-dompet itu membolehkan urusan jual beli pengunjung dilakukan dengan lebih pantas, selamat dan efisien.

“Sebanyak 1,000 pengunjung pertama di setiap lokasi menerima insentif eWallet Touch ‘n Go RM20.

“Seramai 48,000 penerima di Johor Bahru, Muar, Kluang, Segamat, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing, dan Pontian menerima manfaat ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Onn Hafiz kecewa Rumah Pesona Johor lewat siap, arah kontraktor lebih proaktif

Mengulas lanjut, Onn Hafiz memberitahu, Kerajaan Negeri Johor melalui 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) telah meluluskan sebanyak 200 lokasi bazar Ramadan dengan 11,202 petak niaga di seluruh negeri.

Selain itu, sebanyak 28 bazar Aidilfitri dengan 1,555 petak niaga turut disediakan bagi memenuhi keperluan rakyat menjelang Syawal.

“Lebih istimewa, bazar ini turut menjadi sebahagian daripada Program Bazar Ramadan Rahmah yang diadakan di seluruh negara bagi memberi lebih kemudahan kepada pengunjung untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dengan harga berpatutan.

“Semoga usaha ini membawa manfaat kepada seluruh Bangsa Johor bukan sahaja dalam kemudahan transaksi tetapi juga dalam memastikan harga makanan yang berpatutan serta suasana bazar yang lebih teratur,” katanya.

Onn Hafiz turut mengunjungi Bazar Ramadan Taman Dahlia, Johor Bahru yang menjadi satu daripada lokasi yang dipilih bagi pelaksanaan program tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This