SEMUA pemimpin politik dan masyarakat di pelbagai peringkat perlu memainkan peranan masing-masing dengan tujuan menyatukan dan meredakan kemarahan rakyat.
Ia susulan isu hangat berhubung tindakan tiga penyampai stesen radio yang didakwa mempersenda upacara keagamaan Hindu dan beberapa isu lain melibatkan agama Islam dipermainkan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan, semua pemimpin sama ada politik mahupun pemimpin masyarakat tidak boleh sesekali menjadi pencetus atau pun ‘api’ yang boleh menjadi punca perbalahan.
Wan Rosdy turut berpandangan pimpinan di peringkat Pusat perlu menjadi ‘orang tengah’ bagi mempertemu dan mendamaikan pihak-pihak berkenaan.
Menurut beliau, tindakan yang sewajarnya harus diambil pihak berkuasa dengan niat sekadar memberi pengajaran kepada pelaku, bukannya menghukum demi memberi kepuasan kepada sesetengah pihak yang lain.
“Kita tidak mahu perbalahan ini mencapai tahap di mana setiap pihak menanti satu pihak yang lain untuk melakukan kesilapan demi untuk mengembalikan paku buah keras masing-masing.
Baca artikel lain: Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat – Wan Rosdy
“Negara ini harus bebas daripada isu sebegini. Di usia 68 tahun, keutamaan kita adalah pencapaian negara dan rakyatnya dalam pelbagai bidang, bukan lagi pertelingkahan kaum dan agama yang tiada kesudahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, pemimpin memainkan peranan penting dalam suasana tegang seperti ini.
Jelas beliau, semua pihak sudah tentu tidak mahu mengulangi peristiwa buruk menerusi tragedi 13 Mei 1969.
“Selama Malaysia wujud, perselisihan dan salah faham dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama kerap dan seringkali berlaku.
“Mengambil pengajaran daripada peristiwa itu, kerajaan terdahulu telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan perpaduan kaum diperkukuh di negara ini.
“Ini berlangsung dengan baik sehinggalah ketidakstabilan politik membuatkan isu perkauman dan agama mula menjadi isu terbuka diperkatakan masyarakat umum,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

