Jakim buat laporan polis, MCMC individu didakwa permain, persenda ajaran Islam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta melakukan laporan polis susulan tindakan seorang individu didakwa memuat naik kandungan di media sosial yang mempermain dan mempersenda ajaran Islam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan, pihaknya memandang serius tindakan individu yang didakwa mempermain dan mempersenda ajaran Islam tersebut dengan kandungan itu telah tular di media sosial.

Menurut Sirajuddin, Jakim telah membuat aduan rasmi kepada MCMC bagi tindakan lanjut terhadap kandungan yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

Selain itu, katanya, laporan polis juga telah dikemukakan bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Jakim menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang.

Baca artikel lain: Sebar kenyataan provokasi, persenda agama tidak boleh diterima sama sekali

“Kenyataan di media sosial tersebut telah jelas mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Sirajuddin menasihatkan semua pihak supaya menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan dan ketegangan dalam masyarakat.

“Dalam bulan Ramadan yang penuh mulia ini, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati serta menjaga adab.

“Keamanan dan kesejahteraan negara hanya dapat dikekalkan melalui sikap saling menghormati serta memahami antara masyarakat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This