RM300 juta diperuntukkan untuk Inisiatif Payung RAHMAH MADANI tahun ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM300 juta telah diperuntukkan untuk Inisiatif Payung RAHMAH MADANI pada tahun ini berbanding RM200 juta tahun lalu seperti yang dibentangkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, jumlah peruntukan kewangan tersebut adalah bagi pelaksanaan pelbagai program di bawah Inisiatif Payung RAHMAH MADANI.

Menurut Armizan, antara program utama yang berada di bawah Inisiatif Payung RAHMAH MADANI termasuk Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM), PJRM@Pasar, PJRM@Kampus dan Bazar Ramadan RAHMAH (BRR).

“Jumlah tersebut akan digunakan bagi memastikan barangan keperluan asas yang dijual di PJRM dapat ditawarkan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran biasa.

“Sebagai kesimpulan, kos yang diperuntukkan untuk setiap program di bawah Inisiatif Payung Rahmah pada tahun 2025 adalah bagi memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif ini,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Baca artikel lain: Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang meminta pecahan kos diperuntukkan bagi setiap program di bawah Inisiatif Payung RAHMAH untuk tahun 2025 bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat.

Mengulas lanjut, Armizan menjelaskan, Inisiatif Payung RAHMAH MADANI yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, antara objektif inisiatif berkenaan adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan dan barangan keperluan asas.

“Selain itu, ia juga bertujuan memberi capaian tawaran jualan murah barangan keperluan dan bukan keperluan kepada rakyat melalui kerjasama strategik dengan pihak swasta dan industri,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This