Sebar kenyataan provokasi, persenda agama tidak boleh diterima sama sekali

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN segelintir warga net menyebarkan kenyataan berbentuk provokasi, penghinaan dan mempersendakan agama serta sensitiviti berkaitan isu 3R di platform media sosial disifatkan perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menegaskan, setiap individu bertanggungjawab memastikan bahawa ruang maya digunakan dengan bijak.

Pada masa sama, kata beliau, semua pihak seharusnya tidak menimbulkan perpecahan atau ketegangan dalam masyarakat.

Menurut Aaron, tindakan tidak bertanggungjawab yang menjurus kepada perbuatan menghina agama dan sensitiviti kaum adalah suatu ancaman kepada keamanan dan keharmonian negara.

“Saya mengingatkan kepada mereka yang terlibat dalam tindakan sedemikian agar berhenti dan memikirkan kesan buruk yang boleh timbul daripada perbuatan mereka.

“Tindakan provokatif yang tidak menghormati perasaan agama dan kaum lain boleh merosakkan keharmonian negara kita.

“Semua pihak harus mengelak dan berhenti serta-merta daripada mengapi-apikan atau menyebarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Persenda amalan agama lain jejaskan perpaduan – Saraswathy

Mengulas lanjut, Aaron memaklumkan, Kementerian Perpaduan Negara terus melaksanakan Kempen Cakap Baik-Baik serta menerapkan prinsip integrasi nasional iaitu Faham, Hormat dan Terima melalui program-program supaya dapat mendidik rakyat Malaysia dalam menghormati agama dan budaya penganut lain.

Beliau turut memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak lagi mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Aaron turut memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu-individu yang terlibat dalam penyebaran kandungan yang tidak bertanggungjawab itu.

“Tindakan tegas melalui Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu diambil untuk memastikan keselamatan serta keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara.

“Bersama-sama marilah kita berganding bahu untuk mengekalkan perpaduan negara yang berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara terutama Kesopanan dan Kesusilaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This