Peningkatan Capitation Grant bantu kerajaan negeri sempurnakan perkhidmatan kepada rakyat – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENINGKATAN peruntukan Pemberian Mengikut Bilangan Orang atau Capitation Grant penting bagi membantu kerajaan negeri menyempurnakan perkhidmatan kepada rakyat.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perkara itu telah dipersetujui Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Beliau berkata, Capitation Grant kepada kerajaan negeri ditingkatkan sebanyak 25 peratus atau RM109 juta kepada RM548 juta.

“Ini merupakan kali pertama kadar Capitation Grant ini disemak sejak tahun 2002.

“Secara keseluruhan, pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri ditingkatkan lagi kepada RM9.8 bilion untuk tahun 2025 berbanding RM9.3 bilion pada tahun lalu.

Baca artikel lain: Penarikan kenyataan fitnah Ahmad Amzad: PM nasihat ambil pengajaran tak mudah lempar tuduhan

“Perdana Menteri turut menekankan Kerajaan MADANI terus bertekad untuk memastikan hubungan dengan semua kerajaan negeri kekal utuh demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Kerajaan MADANI bertekad untuk merapatkan kerjasama dengan semua kerajaan negeri tanpa mengambil kira fahaman dan kecenderungan politik.

Kata beliau, ia supaya khidmat kepada rakyat dapat disempurnakan dengan baik.

“Acap kali saya ingatkan bahawasanya apabila berkhidmat untuk rakyat, hubungan dengan semua kerajaan negeri harus kekal utuh demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This