Adam Adli tanding kerusi MPP dalam Pemilihan PKR

Dari Penulis

KETUA Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim mengesahkan hasratnya untuk bertanding kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Mei ini.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata hasrat itu adalah sebagai antara cara untuk beliau terus menyumbang jasa dalam parti.

“Adalah tidak adil kalau saya berada di pentadbiran negara tapi saya tidak main peranan aktif dalam kepimpinan parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI di Kampung Baru Penaga, Kepala Batas, semalam.

Adam Adli dalam pada itu berharap pemilihan kali ini akan berlangsung dalam suasana yang aman dan adil tanpa sebarang kekecohan atau insiden tidak diingini.

Baca artikel lain: Aminuddin belum putuskan mahu pertahan jawatan Naib Presiden PKR

“Saya harap semua kekal utuh dengan prinsip integriti dan jangan kita cemarkan pemilihan ini dengan insiden ataupun perkara yang tidak baik,” katanya.

Pada 26 Januari lepas, PKR dilaporkan memutuskan untuk mengadakan pemilihan bagi jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berkenaan.

Pemilihan peringkat cabang dijadual berlangsung dari 11 hingga 20 April ini, manakala pemilihan pucuk pimpinan pusat akan diadakan pada 24 Mei.

Pemilihan PKR kali ini juga dijangka ‘panas’ apabila Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dilaporkan berkata parti itu berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This