Adam Adli ikut sokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden PKR

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DESAKAN supaya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertanding sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu semakin kuat kedengaran.

Kali ini, sokongan agar bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ‘bertempur’ untuk jawatan nombor dua PKR hadir daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim.

Dalam hantaran di Facebook, Adam Adli menyifatkan pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden itu bukanlah soal individu tetapi merupakan langkah strategik untuk memperkukuh barisan kepimpinan masa hadapan parti.

Menurut beliau, Nurul Izzah menjadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip tetapi juga mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baharu, melintasi pelbagai latar yang ada.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, PKR telah melahirkan pelbagai lapis generasi dan latar sejak awal penubuhannya.

Baca artikel lain: Amirudin, PKR Selangor nyatakan sokongan Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

Namun begitu, katanya, kepelbagaian itu turut mencipta banyak jurang lantas menuntut parti itu mengangkat pemimpin yang paling berkesan dalam merapatkan jurang-jurang berkenaan sama ada jurang generasi mahu pun jurang jantina.

“Berdekad lama PKR disebut sebagai parti masa hadapan. Hari ini, masa hadapan itu sudah pun tiba. Masa hadapan itu adalah sekarang.

“Semua dari kita perlu menyatakan sikap. Maka selepas membuat sebaik-baik penilaian, tanpa hilang rasa hormat kepada mana-mana pimpinan parti – saya dengan ini ikut menyokong pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan 2025,” katanya dalam hantaran berkenaan, hari ini.

Mengulas lanjut, Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, Nurul Izzah merupakan antara Naib Presiden yang paling berpengalaman sejak usia awal parti, ewakili suara rakyat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal dan mengabdikan diri sebagai aktivis hak asasi manusia di luar takwim politik.

Jelas beliau, Nurul Izzah turut konsisten mengangkat nilai keadilan, integriti dan pembaharuan institusi.

“Parti ini sedang dipersiapkan menuju zaman dan cabaran baharu; dan Nurul Izzah di barisan hadapan adalah tanda komitmen kita terhadap kesinambungan idealisme reformasi – melangkaui individu mahu pun nama keluarga.

“Nurul Izzah adalah sebahagian sejarah panjang PKR, Nurul Izzah juga adalah masa hadapan untuk PKR,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This