Budaya wacana jadi wahana menilai diri – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BUDAYA wacana perlu dijadikan sebagai wahana untuk kita menilai diri, memperkukuh peribadi dan disiplin.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, hari ini selepas menghadiri Program Ihya’ Ramadan di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Menurut Perdana Menteri, seperti tahun-tahun sebelumnya, beliau sekali lagi berpeluang menjadikan waktu zohor di bulan Ramadan sebagai ruang menghayati makna al-Quran dan merenungi hikmahNya.

Beliau berkata, inisiatif tersebut dalam konteks besar dalam usaha membawa perubahan dalam masyarakat.

Perdana Menteri berkata, budaya wacana juga bertujuan membangun pemikiran yang lebih tajam dan cergas dalam merencana hala tuju negara.

“Hari ini bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, saya hadir mengimarahkan program Ihya’ Ramadan PETRA.

“Tazkirah bertajuk ‘Ramadan: Syukuri Nikmat Air dan Tenaga’ oleh Ustaz Nabil Ahmad dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuka ruang renungan mendalam mengenai amanah terhadap sumber yang dikurniakan Allah SWT,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: PM puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan

Terdahulu, ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada pukul 12.10 tengah hari disambut Fadillah dan timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Program dimulakan dengan mesyuarat antara Perdana Menteri dan pengurusan tertinggi PETRA bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pemantapan tata kelola, inisiatif reformasi, serta pencapaian utama kementerian.

Anwar kemudian meluangkan masa menghadiri sesi tazkirah oleh penceramah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Ustaz Nabil Ahmad, bertajuk ‘Ramadan: Syukuri Nikmat Air dan Tenaga’.

Usai tazkirah, Anwar menyertai warga PETRA untuk menunaikan solat Zohor berjemaah.

Sementara itu, PETRA dalam kenyataan memaklumkan Program Ihya Ramadan itu bertujuan sebagai wadah untuk Perdana Menteri menyantuni warga PETRA di samping bersama-sama memanfaatkan bulan Ramadan dengan mengisi amalan kerohanian menerusi majlis ilmu yang penuh keberkatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan etnik Rohingya terlibat kemalangan tular di Shah Alam

POLIS sedang menjalankan siasatan dan mengesan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang disyaki terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

More Articles Like This