DATUK Dr Anesee Ibrahim memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang baharu secara rasmi berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Anesee bagi menggantikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang telah menamatkan perkhidmatan secara wajib pada 3 Mac lalu.
KPT dalam kenyataan memaklumkan, kehadiran Anesee di kementerian itu telah disambut penuh mesra dan hormat oleh seluruh warga KPT, pagi tadi.
Menurut KPT, kehadiran beliau telah disambut Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Mohamad Azhan Md Amir.
“Seterusnya beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,” menurut kenyataan itu.
KPT memberitahu, Anesee merupakan seorang tokoh pentadbiran yang berpengalaman luas dalam sektor awam dan pendidikan.
Baca artikel lain: KPT pantau perkembangan pelajar Malaysia kemalangan di Port Said, Mesir
Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memainkan peranan penting dalam merangka dasar dan inisiatif pembangunan sumber manusia negara.
Berkelulusan Doktor Falsafah dari Durham University, United Kingdom (UK) dan merupakan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di mana beliau menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma.
Sejak memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) pada tahun 1994, beliau telah menyumbang khidmat bakti di pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan, termasuk JPA serta Kementerian Pendidikan.
Pengalaman beliau turut merangkumi perkhidmatan sebagai Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris, Perancis, yang memberikan beliau perspektif global dalam bidang pendidikan dan pentadbiran awam.
“Dengan kepakaran dan kredbiliti yang dimiliki, pelantikan Anesee diharap dapat memperkukuhkan lagi agenda pembangunan pendidikan tinggi negara.
“Langkah ini selari dengan aspirasi kerajaan MADANI dalam memastikan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti, inklusif dan berdaya saing di persada antarabangsa,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

