Lelaki mengaku tak bersalah samun 7-Eleven, KK Mart

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyamun dua buah kedai serbaneka dalam tempoh dua hari pada awal Februari lepas.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Ikhbal Taslim, 31, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan niat melakukan kesalahan merompak wang tunai berjumlah RM355 milik kedai serbaneka 7-Eleven di Segambut, dekat Sentul, sekitar jam 12.37 tengah hari pada 10 Februari lepas.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama iaitu merompak sebuah lagi kedai serbaneka ,KK Mart dekat Taman Melati Utama di Wangsa Maju sekitar jam 5.53 pagi, pada 9 Februari 2025.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh memandangkan kes ini merupakan kes yang tidak boleh dijamin.

Beliau turut menghujahkan bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh merupakan kesalahan yang serius selain mengambil kira kesalahan berulang yang dilakukan tertuduh seperti mana pertuduhan.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya atas alasan dia merupakan satu-satunya anak yang menjaga ibu yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sejurus mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hakim Mohd Zaki tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta lantikkan peguam tertuduh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This