SEORANG lelaki ditahan selepas bertindak melanggar pengawal keselamatan berhampiran sebuah pusat hiburan dekat Bandar Botanik, Klang pada 2.30 pagi semalam.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/9623
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, laporan polis telah dibuat oleh Ketua Balai Polis Klang pada pukul 11.18 pagi tadi selepas terkesan sebuah video tular yang memaparkan kejadian pergaduhan.
Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian melibatkan pelanggan pusat hiburan dan beberapa pengawal keselamatan ketika cuba meleraikan pergaduhan namun turut dipukul.
“Salah seorang suspek bertindak di luar kawalan lalu melanggar seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan kereta Honda City berwarna kelabu.
“Mangsa seorang lelaki berusia 33 tahun telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan kini berada dalam keadaan stabil.
“Mangsa patah tulang pinggul kanan dan kesan luka di bahagian perut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bertindak atas maklumat, suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun telah ditahan pada pukul 3.30 petang tadi.
Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan satu rekod dadah.
“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, esok,” ujarnya.
Jelasnya, punca pergaduhan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307/148 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

