Banjir: PM minta NADMA perkemas penyelarasan kekuatan jentera

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan kekuatan jentera agensi Persekutuan dan Negeri susulan bencana banjir yang berlaku di Sabah dan Sarawak.

Perkara itu disampaikan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Menurut Tunku Nashrul, ia supaya bantuan berterusan dapat disalurkan terus kepada rakyat yang terkesan akibat bencana banjir.

Pada masa sama, kata beliau, Perdana Menteri juga meminta NADMA bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir yang terlibat.

“Perdana Menteri hari ini memberi perhatian khusus kepada situasi banjir yang berlaku di Sabah dan Sarawak ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan di Facebook PMO Malaysia dan Facebook Anwar Ibrahim.

Baca artikel lain: Laungan azan Masjid Kampung Ayer Kuning: PM nasihat jangan mudah terpengaruh fitnah tak ada asas

Jumlah mangsa banjir dipindahkan di Sabah berlaku peningkatan mendadak manakala di Sarawak jumlah mangsa mencatat sedikit peningkatan.

Mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,122 orang di lima daerah pedalaman pada awal pagi Isnin, berbanding 3,569 orang mangsa pada malam Ahad.

Sementara itu di Sarawak, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 352 orang di empat PPS pada pagi Isnin, berbanding 347 orang pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Tunku Nashrul memaklumkan, Perdana Menteri turut memanjangkan jemputan kepada seluruh masyarakat khususnya yang berada di sekitar Putrajaya untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama ilmuan agama yang akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan mulai 5.30 petang hingga 8 malam.

Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu.

Majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk “Ramadan Pemacu Ummah MADANI” serta persembahan kumpulan nasyid terkenal Rabbani.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This