KPDN lancar Ops Campur tangani isu beras campuran di pasaran – KPDN

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Ops Campur bermula 10 Mac bagi menangani isu beras campuran di pasaran tempatan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, langkah itu diambil susulan pendedahan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) berkenaan 50 peratus daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas pihak berkuasa telah dicampur beras putih tempatan.

Jelas Azman, KPDN telah memulakan inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan mengadakan perjumpaan khas bersama dengan MARDI dan seterusnya mengarahkan Ops Campur dilaksanakan serta-merta.

Beliau berkata, KPDN telah mengambil langkah segera untuk melaksanakan pemeriksaan terhadap beras tempatan dan import di pasaran bagi memastikan aktiviti percampuran beras tersebut dapat dibanteras ke atas rantaian pembekalan yang terlibat di bawah perundangan yang dikuatkuasakan kementerian.

“Bagi mengenal pasti dan mengekang kegiatan ini serta untuk memastikan pengguna mendapat beras dari gred yang sepatutnya, KPDN telah melancarkan pelaksanaan Ops Campur bagi tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan kepada pengilang dan pembungkus beras import.

“Berdasarkan rekod, tiada sebarang aduan rasmi diterima oleh pengguna. Sebanyak 113 premis telah diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 48 kes telah dihasilkan dan beberapa sampel telah disita untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan sampel yang direkodkan ialah sebanyak RM15,321.40. Sitaan ini bertujuan sebagai pensampelan dan penentuan kuantiti yang akan dikemukakan ke Jabatan Kimia Malaysia dan MARDI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, penguatkuasaan Ops Campur itu merangkumi perundangan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730).

Beliau berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta 730.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This