Letupan bom selatan Thailand: Tiada maklumat penuntut Malaysia terlibat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA sebarang maklumat sama ada terdapat penuntut Malaysia terlibat dengan insiden letupan bom dan berbalas tembakan yang berlaku di Pekan Golok, selatan Thailand, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan, pihaknya mengikuti secara dekat peristiwa yang berlaku di selatan Thailand itu.

Menurut beliau, tiada penuntut dari Malaysia yang belajar di wilayah tersebut tetapi tidak menolak kemungkinan terdapat penuntut yang belajar secara persendirian dalam bidang agama.

“Sehingga kini tak ada sebarang maklumat sama ada pelajar kita mengalami kecederaan atau terlibat dengan insiden tersebut.

“Tiada laporan berkaitan pelajar kita di sana.

“(Secara rasmi) kita tak ada pelajar di selatan Thailand tetapi mungkin ada pelajar yang belajar secara persendirian dalam bidang agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar bersama warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, beberapa penyerang melepaskan tembakan dan meletakkan bahan letupan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok malam Sabtu lalu, mengakibatkan dua sukarelawan polis maut dan lapan cedera.

Baca artikel lain: Zambry sahkan terima surat peletakan jawatan Naib Canselor UKM

Tembakan dan letupan sekitar jam 7.10 malam (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah itu berbuka puasa.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Leftenan Kolonel Pol Nitti Suksang, mengesahkan kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan yang sedang bertugas.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden empat pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Jordan, Zambry memberitahu beliau telah mengarahkan pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ) untuk menyediakan laporan kepadanya setiap hari.

Beliau berkata, buat masa ini belum ada maklumat sama ada tiga pelajar yang telah stabil itu dibenarkan keluar dari hospital atau pun tidak.

“Sehingga hari ini, tiga pelajar itu telah pun stabil dan seorang lagi masih dalam pengawasan pihak hospital.

“(Dibenarkan keluar hospital?) Kita belum dapat maklumat dan akan terus membuat pemantauan kepada mereka,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pengasuh didakwa bunuh bayi perempuan berusia hampir dua tahun

SEORANG pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11...

More Articles Like This