Mayat lelaki berseluar dalam ditemui terapung dalam lombong

Dari Penulis

MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung di kawasan lombong belakang Klinik Kesihatan Serendah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 9 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki dengan umur dan bangsa tidak pasti.

“Mangsa telah dijumpai terapung di lombong berkenaan dengan hanya memakai seluar dalam dan terlentang di permukaan air.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mendapati tiada kesan kecederaan luar, pergelutan atau lain-lain kecederaan.

“Berdasarkan pada keadaan badan, mangsa dipercayai telah lemas di lombong kira-kira empat ke lima hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hazwan Ismail di talian 03-60811222/ 013-2908206.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ibu angkat ditahan kurung kanak-kanak dalam stor sepanjang cuti sekolah

SEORANG wanita ditahan selepas disyaki mengurung anak angkatnya yang berusia sembilan tahun dalam stor di sebuah rumah di Taman...

More Articles Like This